Keputusan Malaysia Vs Bahrain

Sangat Mengecewakan !!!!

Itu sahaja yang dapat saya rumuskan mengenai perlawanan di antara Malaysia Vs Bahrain malam tadi….

Setelah selesa mendahului 2-0 dan Bahrain hanya bermain dengan 10 orang pemain …Malaysia Tetap tersungkur di gelanggan sendiri dengan keputusan penuh selepas tamat 90 minit Bahrain menang 3 gol berbalas 2…

Pada pandangan saya sendiri ,sepatut nya pasukan Malaysia yang meraih 3 mata penuh dalam perlawanan ini dengan tiba-tiba “hilang fokus” dan bermain dalam keadaan “tertekan” berbanding pasukan Bahrain..di mana silapnya? Entahlah..mungkin nasib tidak menyebelahi Malaysia atau masalah keletihan beraksi di Sukan SEA yang lepas masih belum dapat pasukan Malaysia atasi???tepuk dada tanya selera…

setelah kecederaan di alami oleh Muhammad Nazmi Faiz,Hafizi dan Irfan….bahagian tengah terus pincang dan tidak dapat menyerap serangan dari Bahrain dan menyebabkan bahagian pertahanan menjadi kelam kabut saya lihat pada separuh masa kedua berbanding persembahan yang menyakinkan pada separuh masa yang pertama…

Wan Zack Haikal yang terpaksa di keluarkan pada akhir babak pertama kerana belum cergas sepenuhnya nya pun kelihatan sering kehilangan bola dan masih kurang persefahaman dengan rakan-rakan yang lain…tetapi nasib baik pemain paling muda Malaysia iaitu Muhammad Nazmi Faiz berjaya menjaringkan gola yang cantik dengan melakukan tendangan deras dari luar petak penalti untuk meletakkan Malaysia di hadapatan pada minit ke 29.

Gol kedua Malaysia pula hadir pada minit ke 69  jaringan Mahali sekaligus menunjukkan ketumpulan penyerang Malaysia di mana penjaring untuk skuad Malsyia terdiri daripada pemain tengah dan pertahanan dan bukanya penyerang Malaysia….

 

 

MU Belasah Arsenal…

Highlights Perlawanan Manchester United vs Arsenal

 

Percaya atau tidak tapi itulah kenyataan yang harus di telan  peminat “The Gunners” apabila kelab kesayangan mereka itu di belasah teruk oleh juara Liga Inggeris 2010/2011 iaitu Manchester United semalam dengan jumlah jaringan sebanyak 8 gol berbalas 2….

Pesta gol MU bermula pada minit ke 21 apabila David Welbeck menjaringkan gol pada minit ke 21 dan Ashley Young (minit ke 28) .

Apabila penyerang sensasi MU Wayne Rooney berjaya  menjaringkan  gol melalui sepakan percuma…pada minit ke 40  keadaan pasukan Arsenal nampak semakin tertekan lebih-lebih lagi setelah 2 bintang utama mereka(Fabregas dan Samir Nasri)  telah berpindah ke kelab baru mereka beberapa  hari yang lalu .Tetapi  Arsenal dapat juga merapatkan jurang mereka apabila Theo Walcott menjaringkan gol pertama Arsenal pada akhir babak separuh masa pertama.

Setelah bersambung separuh masa kedua bermula  benteng pertahanan semakin goyah apabila bolos mudah 3 gol dalam masa 6 minit sahaja jaringan Wayne Rooney(minit ke 64) ,Nani(minit ke 69) dan Park Ji Sung (minit ke 70) sebelum Van Persie berjaya menjaringakan gol ke 2 Arsenal pada minit ke 74.

Dan 2 gol jaringan MU selepas itu merupakan hasil tendangan penalti Rooney pada minit ke 82 yang merupak hatrik Rooney yang pertama musim ini dan satu lagi jaringan minit ke 90 hasil Ashley Young.

Saksikan gol-gol MU vs Arsenal dalam perlawanan malam semalam DISINI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Chelsea Menang,Drogba Cedera!

Chelsea menang dengan jaringan 3 gol berbalas 1 menentang kelab yang baru naik ke liga perdana inggeris tahun ini iaitu Norwich City…melalui jaringan Jose Bosingwa(minit ke 6),Frank Lampard (Penalti-minit ke 82) dan Juan Mata (minit Ke 100).

Malangnya kemenangan tersebut di bayangi oleh kecederaan serius oleh penyerang utama mereka iaitu Didier Drogba apabila berlaku perlanggaran dengan penjaga gol Norwich City iaitu John Ruddy.

Dengan kemenangan 3-1 ini telah melonjakkan Chelsea ke tangga ke 2 liga di belakang  Liverpool(tangga pertama) dan di depan Wolves (tangga ke tiga)  dengan mata yang sama iaitu 7 mata.

Keputusan EPL yang lain:

Aston Villa 0 – 0 Wolverhampton Wanderers

Wigan Athletic 2 – 0 Queens Park Rangers

Swansea City 0 – 0 Sunderland

Blackburn Rovers 0 – 1 Everton

Liverpool 3 – 1 Bolton Wanderers

Video Menunjukkan Perlanggaran Drogba Dengan John Ruddy penjaga gol Norwich City…

http://youtu.be/LS6rBGVOn74

 

 

    Recomended High Quality Products

  • The Guru Hijack The Guru Hijack is a video course with pdf and mp3s that will show you a sneaky way to profit from the guru's hard work.
  • Unleash The Power Of TradeBit An amazing way for you to list your own products, or PLR/RR products, for sale on a high-traffic digital products marketplace AND generate passive income by getting an army of affiliates to promote your products.
  • Simple Software Creation with E Brian Rose Learn to easily create software that you can sell or give away as squeeze page bait. No experience is necessary to create software!
  • Done for you drip-fed blog Affiliate marketing has never been easier, start your own drip fed tutorial blog and get paid for giving people what they want.

David Villa Menghina Agama Islam!

Setiap orang ada tahap kesabaran nya sendiri,lebih-lebih lagi kalau  melibatkan agama seseorang tu.

Ini lah yang berlaku dalam perlawanan Super Cup di atara Real Madrid dan Barcelona di mana salah seorang pemain Real Madrid Iaitu Mesut Ozil seorang pemain antrabangsa Jerman telah mendakwa bahawa David Villa seorang pemain dari kelab terkemuka dunia iatu Barcelona telah mengeluarkan kata-kata yang menghina islam sehingga menyebabkan kedua-dua mereka di buang padang pada perlawanan tersebut.

Sebenar ia bermula apabila salah seorang pemain Real Madrid Marcelo di kenakan kad merah apabila menjatuhkan pemain baru di beli dari kelab Arsenal iaitu Cecs Fabregas dan semuanya bertambah teruk setelah muka Ozil di tampar oleh David villa,Anda boleh lihat 2 video di bawah ini untuk melihat keadaan sebenar semasa perlawanan tersebut.

http://www.youtube.com/watch?v=Olx_jFKAMhE

 

 

Video Menunjukkan Muka Ozil Di tampar…

http://www.youtube.com/watch?v=z9k1QAUKsLc&feature=player_embedded

 

Saya juga tidak berpuas hati dengan  komen yang berunsur “kurang ajar” yang di hantar oleh salah  seorang pembaca laman web www.101greatgoals.com semalam yang bernama Jeff Albertson yang memperkotak-katik kan Nabi Muhamad S.A.W dan agama islam .Anda boleh lihat screen shot komen beliau di bawah nie…

http://irwandymokhtar.com/koleksisaya/images/komen_kurang_ajar.png

 

Tujuan sebenar saya menulis artikel ini bukan semata-mata melakukan provokasi terhadap sesiapa tetapi jika perkara ini di dapati benar maka David Villa sepatut nya mendapat hukuman yang setimpal di atas kesalahan berat beliau itu!

 

Dengan ini ,saya berharap kita sama-sama terus bersatu mempertahankan  agama kita iaitu Islam – satu agama yang suci bukan mainan pada orang-orang yang kurang ajar nie…

 

PS: Join Fanpage “We Want David Villa To Make An Open Opologize To All Muslim’s” ini sekarang!!!

 


Chelsea Menang Lagi!

2 Gol dari 2 bintang kelahiran Brazil Chelsea iaitu David Luiz dan Ramires telah pun membantu Chelsea untuk mengutip 3 mata penuh dalam pertemuan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge menentang Manchester City awal pagi tadi .

Chelsea telah mendominasi perlawanan dengan penguasaan bola sebanyak 69% sejak dari awal wisel permulaan lagi tapi malangnya penyerang sensasi Chelsea Fernando Torres dan Solomon Kalou buntu untuk menembusi benteng pertahanan Manchester City yang di kawal ketat pada separuh masa pertama .

Awal separuh masa kedua ,Chelsea terus unggul dengan penguasaan bolanya dan hasinya mereka berjaya menjaringkan gol pada minit ke-79 hasil tandukan David Luiz ,selang beberapa minit selepas itu tiba giliran Ramires pula menunjukkan kehebatan gaya “Samba Brazil”nya dengan gerakan cantiknya itu berjaya menewaskan beberapa pertahanan Manchester City sebelum merembat masuk gol kedua chelsea pada masa kecederaan .

Dengan kemenangan tersebut Chelsea telah merampas tangga ketiga liga dari Manchester City tetapi masih ketinggalan 9 mata dari pendahulu liga semasa iaitu Manchester United . Chelsea yang masih mempunyai kelebihan satu perlawanan berbanding Manchester United tetap yakin mereka akan memberi saingan yang hebat dalam mempertahankan kejuaraan liga mereka musim lepas kerana mereka akan menggunakan peluang bertemu Manchester United nanti dengan sebaik-baiknya untuk merapatkan jurang perbezaan mata mereka sekarang.

Dipercayai bahawa perlawanan menentang Manchester United tersebut akan menjadi perlawanan penting yang akan menentukan siapakah juara liga inggeris pada musim ini.Oleh itu sama-sama kita saksikan berjaya kah tidak? Chelsea mempertahankan Kejuaraan Liga Perdana Inggeris mereka musim ini yang masih berbaki 9 perlawanan sahaja lagi!

Keputusan lain Liga Perdana malam semalam adalah seperti berikut: Liverpool (2)-Sunderland (0)

Kedudukan Semasa Liga Perdana Inggeris



    Recomended High Quality Products

  • fbfistpro-special
  • Action Antidote STOP Struggling...Read This IMMEDIATELY! If You're the Kind of Person Who Wants to Break Free From Limited Living And Finally Get Everything You Want In Life... This Astonishingly Simple Step-By-Step System Will Set You Free! Dear friend, we feel your p
  • Niche Video Site Builder This is the most popular video website builders. Improved years after years, it now powers more than 350,000 video websites on the Internet with its unsurpassed features.
  • Simple Software Creation with E Brian Rose Learn to easily create software that you can sell or give away as squeeze page bait. No experience is necessary to create software!