Tsunami Di Jepun-Pengajaran ataupun Hukuman?

Memang sudah tertulis bahawa pada 24 disember 2004 iaitu kira-kira 6 tahun yang lepas  dunia pernah di gemparkan denagan bencana alam yang paling dashyat pernah  di catatkan di dalam sejarah manusia  iaitu tsunami di Acheh Indonesia yang telah mengorbankan ratusan ribuan nyawa di Indonesia terutamanya dan di beberapa lagi buah negara di Asia termasuklah Malaysia sendiri.

Nasib baik pada masa itu Malaysia tidak lah terjejas teruk berbanding negara jiran kita iaitu Thailland dan Indonesia yang mengalami kemusnahan yang akan memberi impak sampai bila-bila kepada mangsa-mangsa yang terselamat tragedi tersebut.

Belum sampai 7 tahun selepas itu pulak pada beberapa hari yang lepas iaitu 12 March kita di gemparkan lagi sekali , di mana Jepun pulak di landa Tsunami berikutan gempa bumi besar yang berukuran 8.9 skala ritcher pada hari yang sama.Setakat ini di percayai lebih dari 10 ribu orang telah pun terkorban dan hilang tanpa dapat di kesan.

Pada situasi seperti ini lah kita dapat melihat semangat kerjasama di antara negara-negara di seluruh dunia, tidak kira warna kulit,agama ,bangsa dan fahaman politik bersatu padu memberi bantuan kepada Jepun iaitu sebuah negara yang gah dengan kekuatan ekonominya dan berbagai-bagai teknologi canggih yang mereka kecapi sehingga kini tapi kesemua itu tidak dapat menjamin keselamatan penduduk nya apabila mereka berhadapan dengan kuasa alam semulajadi yang lebih hebat.Di harap semangat bersatu padu ini di teruskan selepas ini juga supaya dunia ini senantiasa aman dari segala peperangan dan kematian orang-orang yang tidak berdosa.

Sekarang pihak Jepun  bertambah  “pening”  akibat insiden letupan dan kebocoran radioaktif di reaktor loji nuklear Daiichi Fukushima  yang  semakin serius ..ini akan menambah teruk lagi keadaan negara Jepun yang masih “terumbang-ambing” akibat tsunami dan gempa bumi Jumaat lalu.

Ramai warga Jepun sendiri menyatakan kerisauan mereka mengenai tahap pendedahan radiasi yang mereka hadapi pada masa sekarang kerana mereka risaukan sejauh mana pihak kerajaan berterus terang mengenai maklumat yang mereka sampaikan kepada pihak media dan rakyatnya, kerana jika benar tahap  radiasi tersebut berada di tahap yang bahaya sudah pasti ini akan mengundang rasa panik di kalangan rakyat Jepun itu sendiri sehingga ada yang menyatakan hendak meninggalkan negara Jepun buat sementara waktu sehingga semua perkara ini selesai.

Mengikut laporan Berita Harian semalam di percayai terdapat 5,009 rakyat Malaysia, termasuk 2,100 pelajar di Jepun, dengan 544 berada di beberapa kawasan yang terjejas teruk akibat gempa bumi dan tsunami seperti di Miyagi, Fukushima, Iwate, Tochigi, Ibaraki, Chiba dan Saitama yang terletak di wilayah timur laut Jepun. Setakat hari ini di percayai tiada seorang pun yang terlibat di dalam proses evakuasi dari radiasi nuklear dan  kemungkinan memindahkan rakyat Malaysia ke kawasan lebih selamat,termasuk Tokyo boleh terjadi pada bila-bila masa saja jika keadaan bertambah semakin buruk.

Kesan tsunami ini telah pun memberi impak kepada ekonomi Jepun di mana menyaksikan banyak saham-saham utama di negara tersebut mengalami kerugian walaupun ianya di sifatkan hanya sementara dan di percayai juga ramai rakyat Jepun berasa panik kerana kerisauan mengenai kekurangan sumber makanan akibat tsunami dan gempa bumi tersebut.

Jepun Kekurangan Sumber Makanan?

Harap-harap lah perkara seperti ini (tsunami) tidak berlaku lagi dan jika ianya berlaku pun kita telah bersedia menghadapinya pada masa akan datang….di percayai bermacam-macam yang telah di lakukan saintis di seluruh dunia untuk mencipta satu sistem penggera yang efektif yang dapat memberi amaran kepada penduduk di  kawasan-kawasan  berdekatan yang bakal di landa Tsunami supaya mereka dapat bertindak dengan lebih cepat dan efisen untuk memindahkan penduduk di kawasan tersebut dan ini pasti akan dapat menyelamat kan banyak nyawa pada masa akan datang.Walaupun banyak yang telah di lakukan ,bencana tsunami terus meragut nyawa manusia sehingga ke hari ini!

Akhir sekali,Ingin saya ingat kan saya sendiri dan para pembaca sekelian agar senantiasa  bersyukur dengan apa yang kita ada pada masa sekarang dan jangan lah terus lupa akan-Nya …jangan ingat-Nya hanya pada saat susah sahaja dan lupa apabila pada saat kamu senang!

Kadang kala manusia ini mudah lupa dan tidak bersyukur dengan apa yang kita ada pada masa sekarang sehinggalah kita kehilangan segala-galanya baru lah kita menyedari bahawa selama ini kita telah mempunyai sesuatu yang sangat berharga di depan mata kita sendiri..oleh itu hargai apa saja yang kita ada pada masa sekarang seperti keluarga kita anak-anak,suami/isteri,ibubapa,datuk/nenek,kawan-kawan dan sanak saudara kita semua.Apabila SEKALI kita kehilangan mereka ..maka kita telah pun kehilangan mereka buat selama-lamanya!

Fikir-fikirkan lah,samada kejadian ini merupakan satu pengajaran yang boleh kita ambil iktibar dari nya ataupun hukuman kepada umat manusia yang senantiasa alpa dan lupa akan kekuasaan-Nya!

PS; Tidak dapat saya bayangkan kalau Tsunami berlaku di negara kita pula…bagaimana kita hendak menghadapinya ketika saat nya melanda dan bagaimana pulak kita nak menghadapi kehidupan selepasnya pula???Minta di jauhkan bencana seperti Tsunami dan bencana-bencana lain dari berlaku di tempat (negara) ku ya Allah!

http://www.youtube.com/watch?v=5-zfCBCq-8I

    Recomended High Quality Products

  • Easy Membership Methods How 3 easy membership methods can reap you a nice recurring, passive income.
  • Action Antidote STOP Struggling...Read This IMMEDIATELY! If You're the Kind of Person Who Wants to Break Free From Limited Living And Finally Get Everything You Want In Life... This Astonishingly Simple Step-By-Step System Will Set You Free! Dear friend, we feel your p
  • Simple Software Creation with E Brian Rose Learn to easily create software that you can sell or give away as squeeze page bait. No experience is necessary to create software!
  • fbfistpro-special